Apa itu ShopBack?

ShopBack ialah platform Cashback terkemuka di Asia Pasifik (APAC) yang menawarkan pilihan pembelian yang lebih bijak kepada pengguna.

Di ShopBack, "Cashback" bermaksud wang yang dikembalikan.

Kami memulangkan sebahagian daripada jumlah perbelanjaan anda apabila anda membuat pembelian dalam talian melalui kami!

ShopBack ditubuhkan pada tahun 2014 dan kini telah berkembang dengan pesat dan berjaya meraih 'Gold Award' dalam kategori 'Best Start-up' pada tahun 2015 diikuti anugerah 'Emerging Enterprise Award' dan 'Global Mobile Challenge' pada tahun 2017. Sejak tahun 2014, ShopBack telah memberikan lebih daripada USD100 juta kepada komuniti pengguna kami.

Dapatkan akses kepada pelbagai tawaran eksklusif, baucar, dan kod promo daripada pelbagai perniagaan seperti fesyen, makanan, perkhidmatan, dan macam-macam lagi - semua dalam satu platform. 🤯

ShopBack berfungsi sebagai perantara untuk peniaga dalam talian, di mana kami akan mendapat komisen untuk setiap pembelian yang dibuat melalui ShopBack, dan jumlah komisen itu dipulangkan kepada pelanggan kami dalam bentuk Cashback. Ini mewujudkan masyarakat yang lebih pintar dalam membuat pembelian dalam talian serta boleh meningkatkan penjimatan seiring dengan perbelanjaan yang dibuat!

ShopBack juga menyediakan kupon diskaun, kod baucar, dan juga sistem perbandingan produk untuk pembelian dalam talian, tempahan percutian dan penghantaran makanan. ShopBack kini bekerjasama dengan lebih 500 jenama di  dalam Malaysia. 

Pembelian tanpa sebarang ikatan, anda boleh mendapat duit hanya dengan membeli belah melalui ShopBack!

 

Jom berbual dengan Pembantu Maya ShopBack jika anda ada sebarang pertanyaan yang lain-lain! 😊

Can’t find what you need? Reach out to us!