Terma dan Syarat Penggunaan

Terma dan Syarat Penggunaan ShopBack

ShopBack Cashback Sdn. Bhd. ("ShopBack") menawarkan Cashback kepada pemegang akaun ShopBack untuk pembelian di kedai rakan niaga ShopBack melalui pelbagai platform ShopBack, termasuk tetapi tidak terhad kepada laman web, sambungan pelayar dan aplikasi mudah alihnya ("Platform ShopBack"). Penggunaan perkhidmatan ("Perkhidmatan") yang ditawarkan di Platform ShopBack dan akaun yang dikekalkan dengan ShopBack adalah tertakluk pada terma dan syarat ini ("Perjanjian"). Perjanjian ini merupakan perjanjian yang mengikat secara sah antara setiap individu yang menggunakan Perkhidmatan atau individu yang mengekalkan akaun dengan ShopBack. Dengan menggunakan mana-mana Perkhidmatan atau mengekalkan akaun dengan ShopBack, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Perjanjian ini dan bersetuju untuk terikat dengan semua syaratnya. ShopBack boleh mengubah suai Perjanjian ini dari semasa ke semasa, dengan atau tanpa notis, dan penggunaan berterusan mana-mana perkhidmatan atau pengekalan berterusan akaun dengan ShopBack oleh anda akan membentuk dan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pengubahsuaian tersebut dan persetujuan anda untuk mematuhi sebarang syaratnya.

1. Lesen Perkhidmatan

Tertakluk pada Perjanjian ini, ShopBack dengan ini memberikan anda lesen yang boleh dibatalkan, tidak eksklusif dan tidak boleh dipindah milik (tanpa hak untuk menyewakan lesen) untuk mengakses dan menggunakan Platform ShopBack dan Perkhidmatan untuk kegunaan peribadi anda semata-mata. Anda bersetuju bahawa anda tidak memperoleh hak selain hak dan lesen yang diberikan secara nyata di bawah Perjanjian ini. ShopBack berhak menukar, menaik taraf atau menghentikan sebarang atau semua Perkhidmatan atau Platform ShopBack atau sebarang ciri Perkhidmatan atau Platform ShopBack, pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis. Semua hak yang tidak diberikan secara nyata di bawah Perjanjian ini dikhaskan oleh ShopBack dan pemberi lesennya.

2. Akaun ShopBack

Untuk memastikan Perkhidmatan dari kami berjalan dengan lancar, pengguna perlu memastikan akaun mereka kekal aktif dengan ShopBack. Seorang pengguna boleh membuat akaun secara percuma dengan memberikan butiran penuh yang diperlukan. Penggunaan akaun dan Perkhidmatan (termasuk peluang untuk mendapatkan Cashback) ditawarkan mengikut budi bicara mutlak ShopBack dan tertakluk kepada pematuhan dan/ terhadap Perjanjian ini. 

Individu tidak boleh membuat dan/atau mengawal dan/atau mempunyai hak ke atas lebih dari satu akaun ShopBack.

Secara khususnya:

(a) Setiap nombor telefon bimbit hanya boleh didaftarkan dengan satu akaun ShopBack;

(b) Setiap akaun pembayaran (contohnya setiap akaun bank; setiap akaun PayPal) hanya boleh dikaitkan dengan satu akaun ShopBack;

Kegagalan untuk mematuhi mana - mana terma dan syarat, penipuan atau penyalahgunaan berkaitan penerimaan Cashback dan/atau ganjaran lain, dan/atau mana - mana salah nyata pada apa - apa maklumat yang diberikan kepada ShopBack atau gabungan boleh menyebabkan akaun ShopBack anda digantung atau ditamatkan, serta sebarang Cashback yang terkumpul akan dibatalkan. 

Anda bertanggungjawab untuk menyemak akaun anda secara berkala untuk memastikan Cashback telah dikreditkan dengan betul dan baki akaun anda adalah terkini. Anda mesti memberitahu ShopBack tentang sebarangralat, kemasukan yang salah atau percanggahan berkenaan sebarang transaksi dalam tempoh 30 hari selepas transaksi itu. ShopBack berhak untuk tidak membetulkan apa-apa ralat, kemasukan yang tidak betul atau percanggahan yang dibawa ke perhatiannya selepas tempoh 30 hari tersebut.

3. Mendapatkan Cashback

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh ShopBack ialah peluang untuk mendapatkan Cashback bagi pembelian yang dibuat di pelbagai kedai rakan niaga kami melalui Platform ShopBack yang kami sediakan. Pengguna perlu membuat dan mengekalkan akaun dengan ShopBack sebelum boleh mula mendapatkan Cashback. Pengkreditan Cashback juga tertakluk kepada pelbagai terma, syarat dan keperluan, nyata atau tersirat, yang dikaitkan dengan pengkreditan Cashback secara umum atau terma, syarat dan keperluan yang berkaitan promosi individu yang tertakluk. Terma, syarat dan keperluan ini termasuk tetapi tidak terhad pada: -

(a) Mengkehendaki pengguna supaya membenarkan kuki semasa mengakses Platform ShopBack dan seterusnya laman web rakan niaga kami;

(b) Tidak membuka tab atau pelayar yang berasingan semasa mengakses Platform ShopBack dan seterusnya laman web rakan niaga;

(c) Memastikan bahawa selepas anda sudah berada di laman web rakan niaga kami, anda perlu melengkapkan transaksi sebelum pergi ke laman web lain;

(d) Melengkapkan pembelian di laman web rakan niaga kami dalam tempoh masa yang diberikan;

(e) Tidak terlibat dalam sebarang penipuan atau kelakuan tidak jujur dan/atau mematuhi syarat Perjanjian ini atau sebarang terma dan syarat lain yang ditetapkan oleh ShopBack atau rakan niaga kami yang berkenaan;

Di samping itu, pembelian tertentu mungkin dikecualikan daripada Cashback. Secara umum, Cashback diperoleh daripada jumlah pembelian bersih tidak termasuk jumlah penghantaran dan pengendalian. Walau bagaimanapun, jumlah dan pengecualian Cashback berbeza mengikut rakan niaga dan promosi individu yang mungkin mengandungi pengecualian tertentu. Sila semak syarat-syarat ini dengan teliti. Pengecualian ini tertakluk pada perubahan tanpa notis, dan ShopBack dengan ini menafikan sebarang dan semua liabiliti berkaitan apa-apa maklumat yang salah atau kegagalan untuk memasukkan maklumat ke dalam senarai pengecualian. Beberapa contoh pengecualian tipikal termasuk (tetapi tidak terhad pada):

(a) Cashback tidak layak apabila membeli barangan promosi atau menggunakan kod diskaun lain, kupon atau promosi lain;

(b) Cashback hanya layak apabila transaksi dilengkapkan menggunakan kaedah pembayaran tertentu; dan

(c) Cashback mempunyai tangga nilai yang berbeza mengikut jenis pengguna (contohnya: Tangga nilai Cashback berbeza untuk pengguna baharu dan pengguna sedia ada)

4. Dasar Rakan Niaga

Sebarang produk atau perkhidmatan yang dibeli daripada mana-mana rakan niaga, sama ada melalui ShopBack atau sebaliknya, dikawal oleh dan tertakluk pada dasar, terma dan syarat yang terpakai bagi rakan niaga berkenaan, termasuk tetapi tidak terhad pada pemulangan, pembatalan, pertukaran dan dasar penghantaran yang berkenaan. Anda bersetuju bahawa kami bukan ejen bagi mana-mana rakan niaga dan rakan niaga itu beroperasi secara berasingan dan bukan di bawah kawalan kami. Oleh itu, penyertaan anda dalam tawaran atau promosi, atau perhubungan dengan, mana-mana rakan niaga adalah antara anda dan rakan niaga itu semata-mata. Kami tidak menerima apa-apa liabiliti, obligasi atau tanggungjawab terhadap mana-mana bahagian perhubungan, tawaran atau promosi itu, termasuk, tanpa pengehadan, pembatalan atau pengubahsuaian sebarang tawaran atau promosi itu. ShopBack tidak bertanggungjawab terhadap perubahan atau pemberhentian mana-mana rakan niaga dari mana-mana platform ShopBack atau penamatan apa-apa promosi yang ditawarkan oleh mana-mana rakan niaga di mana-mana platform ShopBack, atau sebarang kesan ke atas keakruan Cashback yang disebabkan oleh perubahan, pemberhentian atau pembatalan itu. ShopBack tidak bertanggungjawab dan tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa kandungan, produk dan/atau perkhidmatan di platform rakan niaga (termasuk tetapi tidak terhad pada kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian produk atau perkhidmatan itu atau bahawa kandungan, produk dan/atau perkhidmatan tersebut tidak melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan).

5. Penambahan dan Potongan

ShopBack berhak, dari semasa ke semasa, membuat penambahan dan potongan pada baki dalam akaun pengguna apabila perlu, munasabah atau wajar untuk berbuat demikian. Ini termasuk (tetapi tidak terhad pada) situasi apabila Cashback tersalah kredit ke dalam akaun pengguna dan/atau apabila pengguna didapati telah bertindak secara menipu, tidak jujur, atau melanggar syarat Perjanjian ini.

6. Penebusan Cashback

Anda boleh menebus Cashback anda pada bila-bila masa tertakluk pada terma dan syarat Perjanjian ini atau syarat khusus yang berkaitan pemasukan individu dalam akaun anda. Anda mesti mempunyai Cashback terkumpul dengan nilai ringgit relatif lebih daripada atau sama dengan jumlah penebusan minimum yang ditetapkan dan disampaikan dari semasa ke semasa. Untuk menebus Cashback anda, anda mesti mengekalkan akaun yang aktif dan memberikan maklumat minimum yang diperlukan untuk memproses penebusan (contohnya nombor akaun bank yang sah). Bagi tujuan keselamatan, penebusan Cashback terhad pada RM300 setiap 24 jam.

7. Jenis Cashback

Untuk mengelakkan keraguan, anda tidak mendapat sebarang hak milik atas apa-apa wang atau aset yang dipegang oleh ShopBack apabila anda memperoleh Cashback dalam akaun anda. Cashback yang terakru dalam akaun anda tidak membentuk wang yang dipegang sebagai amanah oleh ShopBack bagi manfaat anda. Hak dan kelayakan anda adalah terhad pada hak peribadi atau kontraktual bagi pembayaran balik semata-mata seperti yang mungkin timbul daripada Perjanjian ini.

8. Penamatan Akaun

Cashback yang terkumpul dalam akaun ShopBack anda akan luput jika akaun anda kekal tidak aktif (iaitu tiada transaksi yang berjaya dilakukan melalui ShopBack) untuk jangka masa lebih dari setahun. ShopBack berhak menggantung atau menamatkan akaun anda mengikut Fasal 13 di bawah atau apabila perlu atau munasabah untuk berbuat demikian untuk mematuhi atau memuaskan undang-undang, peraturan atau perintah mahkamah.

9. Perlindungan Data Peribadi

Data Peribadi yang dikumpul adalah tertakluk kepada Polisi Privasi kami, yang dengan ini digabungkan dengan rujukan, dan salinannya terdapat di laman web Shopback.

10. Bonus dan Ganjaran

ShopBack secara berkala menawarkan bonus atau ganjaran untuk melakukan tindakan tertentu (seperti merujuk pengguna baharu ke ShopBack). Terma dan syarat yang mengiringi tawaran tersebut akan mengawal bagaimana ia diperoleh dan dibayar. Anda dilarang daripada membida kata kunci yang mengandungi "ShopBack" atau perkataan atau tanda yang serupa bagi tujuan menarik trafik ke laman anda. Anda tidak dibenarkan menghantar sebarang pautan yang berbayar. Anda tidak boleh memasukkan pautan rujukan anda atau mengedarkan pautan rujukan anda di laman web atau platform yang tidak dimiliki oleh anda, seperti halaman media sosial milik peniaga atau halaman forum milik pihak ketiga.

11. Cukai

Anda bertanggungjawab ke atas apa-apa dan semua cukai yang mungkin dikenakan ke atas jumlah yang diperolehi daripada Cashback yang telah ditebus. ShopBack tidak membuat sebarang pernyataan mengenai potongan cukai bagi amaun tersebut.

12. Penipuan

ShopBack boleh menggantung atau menamatkan akaun anda jika ia mempunyai sebab untuk mempercayai anda terlibat dengan sebarang aktiviti penipuan atau tidak jujur. Apa-apa kegagalan untuk mematuhi Perjanjian ini, apa-apa penipuan, ketakjujuran atau penyalahgunaan berhubung dengan penggunaan perkhidmatan atau akaun anda, atau apa-apa salah nyata bagi mana-mana maklumat yang diberikan kepada ShopBack atau gabungannya oleh anda atau sesiapa yang bertindak bagi pihak anda boleh mengakibatkan penamatan akaun anda dan pembatalan ganjaran Cashback anda yang terakru.

13. Hak Pihak Ketiga

Seseorang yang bukan pihak dalam Perjanjian ini tidak mempunyai hak untuk menguatkuasakan mana-mana syarat Perjanjian ini.

14. Komunikasi

Dengan menjadi pengguna ShopBack, anda bersetuju untuk menerima komunikasi yang berkaitan akaun dan pengguna (contohnya kami telah menambah Cashback ke akaun anda, atau kami telah membayar wang ke akaun bank anda) serta e-mel berkala berkaitan pembelian yang menerangkan kupon atau tawaran istimewa yang tersedia untuk pengguna ShopBack. Kami mungkin menghubungi anda tentang akaun anda melalui komunikasi elektronik atau mel langsung menggunakan maklumat yang anda berikan semasa proses pendaftaran. Persetujuan anda untuk menerima komunikasi elektronik termasuk apa-apa notis atau maklumat lain yang mungkin dikehendaki oleh undang-undang supaya kami berikan kepada anda secara bertulis atau sebaliknya. Anda bersetuju untuk memastikan kami sentiasa dimaklumkan tentang alamat e-mel semasa anda jika ia berubah selepas tarikh anda menjadi Ahli. Kami juga mungkin menghantar notifikasi jika anda memasang aplikasi dalam telefon.

15. Pemilikan

Semua hak, hak milik dan kepentingan dalam Perkhidmatan, Platform ShopBack dan Kandungan yang berkaitan dengan atau yang ada padanya adalah milik ShopBack atau pemberi lesennya. Di samping itu, ShopBack akan mengekalkan semua hak, hak milik dan kepentingan dalam "SHOPBACK", logo Happy Bag, dan sebarang tanda, tanda khidmat, tanda dagangan atau logo lain ShopBack ("ShopBack Marks") yang didaftarkan di Australia dan pasaran lain. 'The ShopBack Marks' tidak boleh digunakan berkaitan mana-mana produk atau perkhidmatan yang bukan di bawah ShopBack dalam apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan, atau dengan apa-apa cara yang memburukkan atau mencemar nama baik ShopBack. Anda tidak boleh dengan apa jua cara membida, memohon, mendaftarkan, memiliki atau mengawal apa-apa kata kunci atau tanda yang mengandungi "SHOPBACK" atau apa-apa yang hampir sama dengan "SHOPBACK" atau sebarang Shopback Mark termasuk, tanpa pengehadan, shopback.com, shopback.sg , shopback.com.sg, shopback.my, shopback.co.id, shopback.ph, shopback.co.th, myshopback.co.th, shopback.co.tw, dan shopback.com.au dengan sebarang enjin carian, domain penyedia perkhidmatan atau apa saja pejabat harta intelek. Anda tidak boleh menyebut atau menggunakan ShopBack dalam sebarang teks iklan, sambungan, atau iklan sepanduk tanpa kebenaran bertulis khusus dari ShopBack. Semua tanda dagangan lain yang tidak dimiliki oleh ShopBack yang digunakan dalam menyediakan Perkhidmatan adalah hak milik pemilik masing-masing, yang mungkin atau tidak digabungkan, berkaitan atau ditaja oleh ShopBack.

16. Standard Komuniti

Dengan membuat akaun ShopBack, anda menjadi ahli komuniti yang bergantung pada kelakuan muhibah dan bertanggungjawab setiap pengguna. Pengguna dikehendaki mengelak daripada terlibat dalam penghantaran atau komunikasi imej atau teks yang mengandungi penghinaan etnik, kata-kata lucah, bahan seks yang eksplisit, komen yang mengapi-apikan atau menghina, atau apa-apa sahaja yang mungkin ditafsirkan sebagai mengganggu atau menyakitkan hati, yang disasarkan kepada Perkhidmatan, Platform ShopBack, pekerja kami, kontraktor atau ejen, rakan niaga kami, atau pengguna lain. Ini termasuk komunikasi melalui media sosial atau perkongsian internet lain yang melanggar standard komuniti di atas atau menggalakkan perjudian atau tingkah laku penipuan. Pengguna yang melanggar peruntukan ini, seperti yang ditentukan oleh kami mengikut budi bicara mutlak kami, mungkin akan digantung atau ditamatkan akaunnya tanpa notis terdahulu.

Anda bersetuju untuk menanggung rugi ShopBack, mana-mana rakan kongsi saudagar, serta pegawai, pengarah, pekerja, pengganti, ejen dan ahli gabungan masing-masing, untuk sebarang dan semua tuntutan, kerosakan, kerugian dan kausa tindakan (termasuk yuran peguam dan kos mahkamah) yang timbul daripada atau berkaitan dengan pelanggaran anda terhadap.Perjanjian ini atau dari sebarang bahan dalam apa jua bentuk sekalipun yang diberikan oleh anda (atau melalui nama pengguna dan/atau kata laluan anda). Anda bersetuju untuk memberi kerjasama sepenuhnya seperti yang diperlukan dalam pembelaan kami dan/atau penyelesaian sebarang tuntutan. Kami berhak, mengikut budi bicara kami yang munasabah, untuk mengambil alih kawalan eksklusif ke atas pembelaan dan penyelesaian sebarang perkara yang tertakluk kepada ganti rugi oleh anda.

18. Penafian Jaminan

Perkhidmatan, kandungan dan Platform ShopBack disediakan “seperti adanya” dan tanpa sebarang jenis jaminan, nyata atau tersirat, termasuk tanpa pengehadan, jaminan hak milik, kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu atau tiada pelanggaran. Kami tidak memberi jaminan bagi kualiti, ketepatan, kekinian, kesempurnaan, keandalan atau kesahan Perkhidmatan, kandungan atau Platform ShopBack, termasuk tanpa pengehadan, sebarang hasil carian produk, butiran produk, ketersediaan produk, nasihat maklumat penentuan harga, pendapat, kenyataan, cadangan, atau maklumat lain yang dipaparkan, dimuat naik atau diagihkan berhubung dengan Perkhidmatan. ShopBack tidak menjamin bahawa kefungsian Platform ShopBack tidak akan terganggu atau tanpa ralat, bahawa kerosakan akan dibetulkan, atau ia akan bebas daripada virus atau kandungan berbahaya lain. Selanjutnya, ShopBack tidak memberikan jaminan, gerenti atau membuat sebarang pernyataan berkenaan kualiti, atau ketepatan iklan bagi, apa-apa produk atau perkhidmatan yang ditawarkan atau disediakan oleh rakan niaga berhubung dengan perkhidmatan.

19. Penggunaan Biometrik, Telefon atau Log Masuk Pihak Ketiga

Anda boleh memilih untuk membenarkan akses kepada akaun ShopBack anda melalui pilihan log masuk pihak ketiga (cth. Facebook atau Google) atau melalui telefon anda (dengan menggunakan kata laluan peranti atau data biometrik anda). Anda memahami keperluan untuk melindungi peranti mudah alih anda, seperti kod laluannya dan sebarang fungsi log masuk data biometrik, serta keperluan untuk melindungi kata laluan anda yang digunakan di halaman pihak ketiga ini (seperti akaun Facebook anda).

Ciri pengecaman biometrik adalah direka dan dimiliki oleh peranti mudah alih yang anda gunakan. Seperti yang anda tahu, jika anda membenarkan biometrik pihak ketiga didaftarkan sebagai sebahagian daripada biometrik telefon pintar anda, mereka akan dapat mengakses akaun ShopBack anda. Anda sedar dan memahami bahawa jika pemilikan telefon pintar yang anda daftarkan dengan ShopBack berubah diatas sebarang sebab dan log masuk melalui peranti tidak dilupuskan, orang lain akan dapat mengakses akaun ShopBack anda. Anda mengakui dan memahami bahawa jika kata laluan anda ke akaun Facebook atau Google anda dikompromi atau diberikan kepada pihak lain, pihak lain tersebut akan dapat mengakses akaun ShopBack anda. Dalam kejadian akses tanpa kebenaran berkaitan situasi di atas, ShopBack tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian.

Harap anda memahami bahawa perkhidmatan ShopBack tidak mengumpul atau menyimpan ID biometrik, kata laluan Facebook atau Google anda, dan bergantung pada perkhidmatan pihak ketiga atau peranti mudah alih anda untuk mengesahkan identiti anda. ShopBack tidak menjamin bahawa perkhidmatan akan bebas ralat dan tidak terganggu. Jika terdapat (tanpa kesalahan ShopBack) gangguan penghantaran atau kerosakan perkhidmatan ini yang menyebabkan kesulitan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan, kehilangan data, ralat, gangguan oleh pihak lain, atau kerugian ekonomi, ShopBack tidak akan bertanggungjawab.

20. Pengehadan Liabiliti

Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, ShopBack tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang ganti rugi khas, sampingan, berturutan, amaran, hukuman atau apa-apa ganti rugi tidak langsung lain atau untuk apa-apa ganti rugi kehilangan untung, data atau fungsi, walaupun kemungkinan kerugian tersebut telah diberitahu. Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, liabiliti keseluruhan maksimum yang timbul daripada Perjanjian ini tidak akan melebihi S$100.

21. Undang-undang Terpakai dan Timbang Tara

Perjanjian ini, termasuk sebarang pindaan padanya yang mungkin dibuat oleh ShopBack dari masa ke semasa mengikut budi bicara, dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang Republik Singapura. Sebarang percanggahan yang timbul daripadanya atau berhubung dengan kontrak ini, termasuk sebarang soalan tentang kewujudan, kesahan atau penamatannya, akan dirujuk kepada dan akhirnya diselesaikan melalui timbang tara yang ditadbir oleh 'Singapore International Arbitration Centre (“SIAC”)' menurut 'Arbitration Rules' atau Kaedah Timbang Tara 'Singapore International Arbitration Centre' (“SIAC Rules”) pada masa ia berkuat kuasa, dan kaedahnya dianggap telah digabungkan melalui rujukan ke dalam fasal ini. Tempat timbang tara adalah di Singapura. Tribunal akan terdiri daripada seorang timbang tara. Bahasa timbang tara ialah Bahasa Inggeris. Anda bersetuju bahawa semua isu akan diputuskan oleh penimbang tara. Ini termasuk semua isu berkaitan skop, pemakaian, tafsiran dan kebolehlaksanaan Perjanjian ini dan peruntukan timbang tara ini. Penimbang tara juga akan memutuskan sama ada sebarang tuntutan tertakluk pada timbang tara atau tidak.

22. Penyerahan Hak

Anda tidak boleh menyerah hak dan obligasi anda di bawah Perjanjian ini, secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu, dan sebarang penyerahan hak tersebut tanpa kebenaran akan terbatal dan tidak sah.

23. Tajuk

Tajuk di bawah Perjanjian ini adalah untuk memudahkan rujukan sahaja dan tidak menjejaskan tafsirannya

24. Pengetepian/Kebolehasingan

Sebarang kegagalan untuk menguatkuasakan apa-apa peruntukan Perjanjian ini bagi pihak ShopBack tidak akan dianggap sebagai pengetepian peruntukan itu. Apa-apa pengetepian bagi sebarang peruntukan dalam Perjanjian ini oleh ShopBack yang berlaku dalam satu kejadian tidak akan dianggap sebagai pengetepian bagi sebarang peruntukan lain atau peruntukan itu dalam kejadian lain. Jika mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini dipegang sebagai tidak sah, ketaksahan tersebut tidak akan mempengaruhi peruntukan lain.

25. Keseluruhan Perjanjian

Perjanjian ini (bersama terma dan syarat tambahan yang dirujuk dalam dokumen ini atau secara umum) mewakili keseluruhan perjanjian semua pihak berhubung dengan perkara dalam dokumen ini, dan menggantikan semua perjanjian dan pernyataan terdahulu atau semasa, bertulis atau lisan (termasuk tanpa pengehadan, versi lebih awal Perjanjian ini yang mungkin diterima oleh anda). Kami berhak mengubah suai Perjanjian ini pada bila-bila masa. Penggunaan berterusan perkhidmatan ShopBack atau pengekalan akaun anda dengan ShopBack akan membentuk dan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pengubahsuaian tersebut dan juga persetujuan anda untuk mematuhi kesemua syaratnya.

Dikemaskini: 09.03.2022

 

Can’t find what you need? Reach out to us!