Bagaimana cara untuk mendaftar akaun Shopback?

1. Klik di sini untuk pergi ke halaman pendaftaran.
Nota: Jika menggunakan pelayar, anda akan dibawa ke laman web kami. Klik pada butang Log Masuk/Daftar di bahagian atas sebelah kanan tetingkap.

2. Daftar untuk akaun ShopBack melalui alamat e-mel anda (dengan mengklik "gunakan alamat e-mel") atau mendaftar melalui akaun Facebook anda (dengan mengklik butang "Facebook").
2.1. Nota tambahan; jika anda mendaftar melalui aplikasi ShopBack, pastikan domain negara yang betul dipilih di bahagian bawah halaman pendaftaran.
Contoh: "Anda berada di Malaysia"

PENTING: Sila ambil perhatian bahawa pengguna hanya boleh mendaftar untuk 1 akaun ShopBack bagi setiap negara. Jika anda ingin menggunakan ShopBack dalam domain negara yang berbeza, anda perlu mendaftar untuk akaun lain.

3. Setelah melengkapkan pendaftaran akaun, e-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel anda.

4. Sila sahkan akaun ShopBack anda dengan mengklik pautan dalam e-mel.
(PENTING: Jika anda sudah memuat turun aplikasi ShopBack, sila tutup aplikasi itu sebelum mengklik pada pautan pengesahan akaun. Alternatif yang disyorkan adalah membuka e-mel pengesahan pada tetingkap 'incognito'/"private browsing")
4.1. Sekiranya anda tidak menerima e-mel pengesahan, anda boleh memohonnya dengan melawat halaman tetapan Akaun di sini dan klik pada pautan di bahagian atas halaman.

Anda boleh menghubungi Rakan Chat kami di sini dan kami akan memberikan bantuan langsung untuk membantu proses pendaftaran anda!

Can’t find what you need? Reach out to us!

Shopback Help Center Footer Banner