Apa yang boleh saya lakukan untuk memastikan saya menerima Cashback?

Bagi memastikan anda menerima Cashback dari pembelian anda:

1. Mulakan proses pembelian dari ShopBack. Klik melalui ShopBack dan anda akan dibawa ke kedai pilihan anda.

2. Jangan buka laman web/pautan lain (termasuk laman carian, media sosial, laman kedai, laman promosi/diskaun) atau pelayar web selepas mengklik pautan melalui ShopBack.

3. Jangan klik pada iklan atau pautan lain ketika membuat pembelian.

4. Sila nyahaktif antivirus atau "pop-up blocker" kerana ia boleh menyebabkan Cashback anda tidak dapat dikesan.

5. Pastikan aplikasi ShopBack dan aplikasi kedai Rakan Niaga kami dikemas kini kepada versi terkini untuk pembelian melalui aplikasi.

6. Sila guna tetingkap Incognito/Private Browsing semasa pembelian.

7. Pastikan anda mematuhi kesemua terma dan syarat untuk melayakkan anda menerima Cashback sebelum membuat pembelian. Kilk di sini untuk mengetahui tentang terma dan syarat tersebut.

Can’t find what you need? Reach out to us!

Shopback Help Center Footer Banner