Mengapa Cashback saya tidak dikemas kini ke dalam akaun ShopBack saya?

Cashback anda mungkin tidak direkodkan ke dalam akaun ShopBack disebabkan faktor-faktor berikut:

1) Anda mungkin tidak memulakan proses pembelian dari ShopBack. Jika anda tidak mengklik pautan ke kedai pilihan melalui ShopBack untuk meneruskan transaksi, kami tidak dapat menjejak pembelian anda dan tiada Cashback akan diberikan untuk pembelian tersebut.

2) Anda mungkin tidak mematuhi Terma dan Syarat yang telah ditetapkan oleh Kedai Rakan Niaga semasa membuat pembelian. Setiap rakan niaga ShopBack mempunyai Terma dan Syarat tersendiri. Jika anda gagal mematuhinya semasa membuat pembelian, rakan niaga tersebut tidak akan membayar sebarang komisen kepada kami, seterusnya tiada Cashback yang akan diterima oleh anda.

3) Pembelian yang anda buat adalah kurang dari tempoh 48 jam. Cashback mengambil masa sehingga 48 jam (sesetengah kes, lebih lama) untuk diproses dan seterusnya dipaparkan dalam akaun anda. E-mel pemberitahuan akan dihantar untuk memaklumkan bahawa Cashback tersebut telah berjaya direkodkan. Anda juga boleh menyemak Cashback tersebut di bawah tab "Pending" pada akaun ShopBack anda.

4) Terdapat pembatalan, pemulangan atau penukaran terhadap pembelian anda. Cashback hanya akan diberikan untuk pembelian yang berjaya sahaja dan tidak akan diberikan untuk pembelian yang dibatalkan, dipulangkan atau ditukar.

5) Pelayar anda mempunyai penghalang iklan yang aktif.

6) Anda menggunakan kupon atau kod baucar yang tidak disenaraikan di laman ShopBack.

7) Anda telah klik pada mana-mana pautan pihak ketiga/iklan sebelum atau semasa proses pembelian anda.

8) Penghalang iklan tidak dinyahaktifkan sepenuhnya semasa membuat pembelian.

9) URL yang digunakan untuk membuat pembelian telah disunting secara manual.

Can’t find what you need? Reach out to us!

Shopback Help Center Footer Banner