Bagaimanakah cara untuk menambah atau kemaskini butiran akaun bank untuk pengeluaran Cashback?

Wah, ada orang bersemangat nak keluarkan duitlah! 🤑

 

Untuk mengeluarkan Available Cashback, anda perlu mengisikan butiran akaun bank anda terdahulu. Ini adalah cara-caranya:

1. Buka akaun ShopBack anda melalui aplikasi ataupun laman web.

2. Pergi ke ikon ini "👤" icon dan:

    • Tekan Withdraw (untuk aplikasi ShopBack)
    • Tekan Withdraw Money (untuk laman web ShopBack)

3. Di halaman Payment, tekan + Add a Bank

4. Pilih bank yang anda ingin pautkan daripada senarai tersebut

5. Isikan butiran akaun bank anda dan tekan Add Payment

6. Anda akan menerima e-mel daripada ShopBack bertajuk Please verify your cash details

7. Di dalam e-mel, tekan Verify Details dan anda dibawa ke halaman ShopBack

Selesai! Butiran akaun bank anda kini telah dikemaskini dan disahkan di dalam ShopBack. 👍

 

Kemaskini butiran akaun bank melalui laman web ShopBack:

Website_Account_Verification.gif

 

Kemaskini butiran akaun bank melalui aplikasi ShopBack:

ShopBack_App_Account_Verification.gif

 

📌 Amaun pengeluaran available Cashback yang minimum adalah RM10.00, jika anda cuba keluarkan amaun kurang daripada RM10.00 permintaan anda akan ditolak.

 

PENTING: Jika anda tidak menerima e-mel, sila semak di dalam folder e-mel yang lain-lain seperti folder spam/sampah.

 

Jom berbual dengan Pembantu Maya ShopBack jika anda ada sebarang pertanyaan yang lain-lain! 😊

Can’t find what you need? Reach out to us!