Terdapat dua jenis notifikasi e-mel daripada ShopBack.
1) Surat berita promosi pemasaran yang memberikan maklumat terkini tentang promosi terbaru, tawaran dan Upsized Cashback.
2) Notifikasi transaksi Cashback atau e-mel tetapan akaun yang memaklumkan apabila anda melakukan aktiviti di ShopBack.
Malangnya, kami tidak membenarkan pengguna untuk berhenti melanggan e-mel notifikasi transaksi Cashback atas sebab-sebab keselamatan.
Kami sentiasa memaklumkan kepada pengguna tentang sebarang aktiviti akaun yang mungkin berlaku. Walau bagaimanapun, anda tidak sepatutnya menerima apa-apa surat berita lagi setelah langganan dihentikan.
Jika masih ada, sila berbual dengan bot HappyBag kami di skrin sebelah kanan bahagian bawah. Kami akan bantu anda dengan lebih lanjut!
