Saya tidak dapat mengemaskini butiran akaun bank saya. Adakah saya tidak boleh keluarkan duit saya?

Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki untuk mengisi butiran akaun bank di dalam akaun Shopback anda untuk membuat pengeluaran. Oleh sebab langkah ini melibatkan aktiviti kewangan, anda tidak akan dapat meneruskan pengeluaran jika butiran tidak lengkap. Antara sebabnya ialah :

1) Bank:

Butiran bank yang dimasukkan adalah milik bank yang tidak disenaraikan dalam platform Shopback. Ini bermakna bahawa; jika anda tidak melihat bank anda, ia masih belum berkerjasama dengan ShopBack. Buat pada masa ini, bank yang tersenarai hanyalah:

AmBank RHB HSBC Hong Leong UOB
Maybank MAE by Maybank2U OCBC Public Bank CIMB
Bank Islam Citibank Bank Simpanan Nasional Affin Bank Agro Bank

 

Available_Bank_for_Cashout.gif


2) Format:

Nombor akaun yang diisikan mungkin mempunyai format yang salah. Sekiranya anda tersilap isi, bank mungkin menghantar wang anda ke destinasi yang salah, atau mungkin mengenakan bayaran kepada anda untuk pembayaran yang tidak sah. Anda biasanya boleh mencari nombor akaun anda dengan melog masuk ke dalam perbankan dalam talian atau menyemak penyata bank anda.

3) Pengesahan:

Untuk membolehkan anda mengesahkan butiran akaun bank anda, anda perlu mengesahkan alamat e-mel Shopback anda terlebih dahulu. Sekiranya akaun ShopBack belum disahkan, anda tidak boleh mengesahkan butiran bank anda.

 

Sekiranya anda mempunyai persoalan lain, jom berbual dengan Pembantu Maya ShopBack dan kami akan membantu anda!😄

Can’t find what you need? Reach out to us!