Saya tidak dapat mengisi butiran bank/pembayaran saya. Bagaimanakah cara uhntuk saya membuat pengeluaran?

Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki untuk mengisi butiran pembayaran ke akaun Shopback anda untuk membuat pengeluaran. Oleh sebab langkah ini melibatkan aktiviti kewangan, anda tidak akan dapat meneruskan pengeluaran jika butiran tidak lengkap. Antara sebabnya ialah :

1) Bank: Butiran bank yang dimasukkan adalah milik bank yang tidak disenaraikan dalam platform Shopback. Ini bermakna bahawa; jika anda tidak melihat bank anda, ia masih belum berkerjasama dengan ShopBack. Sehingga kini, kami hanya mempunyai Ambank, RHB, HSBC, Hong Leong Bank, UOB, Maybank, OCBC, Public Bank, CIMB, Bank Islam, Citibank, BSN, Affin Bank & Agro Bank.

2) Format: Nombor akaun yang diisikan mungkin mempunyai format yang salah. Sekiranya anda tersilap isi, bank mungkin menghantar wang anda ke destinasi yang salah, atau mungkin mengenakan bayaran kepada anda untuk pembayaran yang tidak sah. Anda biasanya boleh mencari nombor akaun anda dengan melog masuk ke dalam perbankan dalam talian atau menyemak pernyataan bank anda.

3) Pengesahan: Untuk membolehkan anda mengesahkan butiran pembayaran, anda perlu mengesahkan alamat e-mel Shopback anda terlebih dahulu. Sekiranya akaun ShopBack belum disahkan, anda tidak boleh mengesahkan butiran bank anda.

Jika anda masih menghadapi masalah untuk mengisi butiran pembayaran, sila hubungi Rakan Chat kami di sini

Can’t find what you need? Reach out to us!

Shopback Help Center Footer Banner