Saya tidak dapat mengesahkan akaun ShopBack saya. Apa patut saya buat?

Untuk membuat pengeluaran, pengguna mesti memastikan alamat e-mel ShopBack dan butiran bank berjaya disahkan. Langkah ini akan dilakukan oleh pengguna itu sendiri. Sekiranya anda telah menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami untuk bantuan dan masih tidak dapat melengkapkan proses ini, anda boleh cuba langkah di bawah :

1) Tipo: Periksa sama ada alamat e-mel yang didaftarkan dieja dengan betul. Perkara ini mungkin kelihatan mustahil, tetapi ia agak kerap berlaku.

2) 'Refresh': Kadang-kala, anda perlu 'refresh' pelayar web secara manual untuk memeriksa e-mel baharu.

3) Alamat e-mel disekat: Akhir sekali, anda boleh cuba menghubungi penyedia perkhidmatan e-mel anda (Gmail, Yahoo dan lain-lain) untuk menyemak sekiranya mereka menyekat e-mel dari Shopback tanpa sengaja.

Sekiranya langkah di atas masih gagal, anda boleh cuba mengubah alamat e-mel berdaftar kepada alamat baharu. Sila hubungi Rakan Chat kami di sini untuk menukarkan alamat e-mel anda.

Can’t find what you need? Reach out to us!

Shopback Help Center Footer Banner