Mengapa ShopBack Button tidak bertukar warna kepada hijau?

Sekiranya warna ShopBack Button tidak berubah menjadi hijau, ini bermakna Butang ShopBack tidak disokong bagi stor tersebut. Hal ini kerana,ShopBack Button hanya tersedia untuk beberapa stor sahaja kerana ia memerlukan persetujuan daripada pihak stor sendiri. Oleh itu, memandangkan ShopBack Button tidak tersedia bagi stor tersebut, anda perlu klik dari laman web ShopBack ke halaman stor untuk mendapat Cashback.

r.png

Dalam situasi lain, semasa pembayaran sedang dibuat, ShopBack Button akan kekal berwarna merah oleh kerana ia tidak akan dapat mengesan jejak layaran. Ini adalah satu langkah tipikal di mana tahap sekuriti ketika pembayaran dibuat akan menghalang segala maklumat daripada dikesan oleh pihak luar.

Dan juga, jika anda menggunakan perisian adblocker, ShopBack Button akan kekal merah kerana ia akan menghalang daripada tracking cookie untuk mengikuti klik anda.

Can’t find what you need? Reach out to us!

Shopback Help Center Footer Banner