Cashback Troopers 2020: Soalan Lazim

1. Bagaimanakah poin dikira?
Setiap Cashback Trooper bernilai 50 poin. Sambungkan Cashback Troopers yang sepadan (sekurang-kurangnya 3) dalam rantaian untuk letupkan Cashback Trooper. Semakin panjang rantaian anda, semakin tinggi poin anda!
Petua: Sertakan Super Trooper ke rantaian dan gandakan poin anda dengan 2X!

 

2. Bagaimanakah bar kuasa berfungsi?
Bar kuasa akan disi semasa anda memperoleh poin. Ia menjadi penuh apabila anda mencapai 2,500 poin.
Setelah penuh, ketik mana Cashback Trooper untuk letupkan semua Cashback Trooper yang sama jenis pada halaman skrin. Nota: Tidak ada limpahan poin untuk pengisian bar kuasa.
(Contoh: Anda mempunyai 2400 poin -> anda dapat 300 mata lagi -> bar kuasa menjadi penuh -> anda menggunakan kuasa -> bar kuasa bermula semula pada 0 dan bukan 200)

 

3. Apakah fungsi watak jam 'Chloe the Clock'?
Jam adalah watak 'wildcard' yang boleh disertakan dalam mana-mana rantaian.
Meletupkan watak ini akan memberikan anda 2 saat tambahan.
4. Apakah fungsi 'Special Trooper'?
Meletupkan 'Special Trooper' memberikan anda 2 kali ganda poin rantaian anda.
Watak Special Trooper  boleh digunakan secara serentak (iaitu meletupkan 2 Special Trooper akan memberikan anda 4 kali poin rantaian anda).
Nota: Nama-nama watak Special Trooper ialah Bill the Bonus, Nick the Nickel, Pursey the Purse, Penny the Coin, dan HappyBag.
5. Bagaimana nyawa diperoleh?
Anda akan mendapat 1 nyawa secara automatik setiap 60 minit. Anda boleh kumpulkan sehingga 5 nyaw pada satu masa.
Sebaik sahaja anda mencapai 5 nyawa, anda tidak akan mendapat nyawa tambahan setiap 60 minit.
6. Berapa banyak nyawa yang boleh saya miliki?
Anda kumpulkan sehingga 5 nyawa maksimum dari masa ke masa. Nyawa tambahan boleh digunakan untuk penambahan di samping itu.
(Contoh: Anda mempunyai 3 nyawa sekarang, anda menebus 10 nyawa tambahan -> Anda kini mempunyai 13 nyawa. Dan oleh sebab anda mempunyai lebih dari 5 nyawa, anda tidak akan mendapat nyawa tambahan setiap 60 minit.)
7. Bagaimana boleh saya dapatkan nyawa tambahan?
Anda boleh menebus nyawa tambahan pada halaman hadiah dengan menggunakan berlian.

8. Bagaimanakah kiraan poin yang saya perolehi ditukarkan menjadi berlian?
Poin yang diperoleh dalam permainan akan dibundarkan kepada 1,000 yang terdekat.
Setiap 1,000 poin yang diperoleh akan ditukarkan untuk 1 berlian.

 

9. Bagaimana untuk menebus hadiah?
Setelah mendapat berlian yang mencukupi, anda boleh membuat tebusan pada halaman hadiah.

 

10. Apakah jenis hadiah yang boleh saya tebus?
Anda boleh menebus nyawa tambahan, tiket cabutan bertuah, Upsized Cashback, baucar, kupon, dan Bonus Cashback.

 

11. Apakah Tiket Cabutan Bertuah?
Setiap tiket cabutan bertuah memberi anda satu peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.
Anda boleh membeli sebanyak munngkin tiket cabutan bertuah untuk meningkatkan peluang kemenangan anda untuk cabutan bertuah.
'Secret Boxes' cabutan bertuah bernilai lebih tinggi tetapi dapat memberikan anda lebih daripada 1 penyertaan untuk cabutan bertuah.

 

12. Apakah yang boleh saya dapat dalam 'Secret Boxes'?
Kotak rahsia mengandungi sekumpulan hadiah. Anda boleh menang antara 1-5 tiket cabutan bertuah, kupon dan baucar, dan juga bonus Cashback.

 


13. Bagaimanakah Upsized Cashback berfungsi?
Upsized Cashback adalah Cashback tambahan atas kadar Cashback semasa.
(Contoh: Jika kadar Cashback semasa ialah 2%, tambahan 2% akan menjadikannya jumlah keseluruhan kadar Cashback menjadi 4%.)

Sekiranya kadar pulangan tunai semasa adalah 8%, tambahan 2% akan menjadikannya 10%. Semua transaski pembelian yang memenuhi syarat dalam tempoh Upsized Cashback yang dinyatakan layak untuk mendapatkan kadar tambahan Upsized Cashback (tidak terhad kepada transaksi pertama dalam tempoh Upsized Cashback yang dinyatakan).

Amaun Upsized Cashback akan dijejak secara automatik. Ia akan muncul sebagai rekod berasingan pada halaman Cashback Overview akaun ShopBack anda dan akan direkodkan pada masa yang hampir sama dengan amaun Cashback anda yang dijejak mengikut kadar Cashback semasa.


14. Bolehkah saya menebus Upsized Cashback yang sama lebih dari sekali?
Hadiah Upsized Cashback tidak dapat boleh digabungkan (iaitu penggunaan Upsized Cashback 2% sebanyak 2 kali tidak akan memberikan anda Upsized Cashback 4%).

Anda akan hanya dapat menebus setiap hadiah Upsized Cashback untuk sekali sahaja untuk rakan stor yang berbeza (Contoh: 2% Upsized Cashback pada Asos, 2% Upsized Cashback pada Zalora, 2% Upsized Cashback di Agoda).

 

15. Bolehkah saya main Cashback Troopers pada laman web ShopBack menggunakan komputer?
Malangya, tidak. Cashback Troopers hanya terdapat pada ShopBack App pada telefon pintar (Android, iOS), kecuali iPad pada masa ini.

Can’t find what you need? Reach out to us!

Shopback Help Center Footer Banner