Cabaran ShopBack ialah tugasan-tugasan kecil yang boleh anda selesaikan untuk mendapatkan lebih banyak Cashback. Tugas-tugas tersebut termasuk:
- Merujuk satu atau lebih rakan
- Berbelanja di kedai-kedai tertentu
- Berbelanja jumlah wang tertentu
Cabaran-cabaran kami sentiasa dikemaskini untuk mendapatkan Cashback dengan pelbagai jenis cara, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangannya!
Cara untuk mencari dan menyertai cabaran
- Di aplikasi ShopBack anda, ketik pada Earn More.
- Di bawah Earn More, terokai pelbagai cabaran yang kami sediakan.
-
Setelah menemui cabaran yang ingin disertai, anda boleh tekan padanya untuk melihat lebih banyak butiran ataupun tekan Start untuk memulakan segera.
- Jika anda melihat Queue dan bukan Start, ini bermakna cabaran belum bermula. Pastikan anda menyertai queue kerana setiap cabaran mempunyai jumlah tempat atau ganjaran yang terhad - lagi cepat pembayaran, lagi tinggi peluang untuk menang! Tekan Queue untuk menyimpankan tempat anda.
- Pastikan untuk membaca panduan untuk bermain serta Terma dan Syarat untuk layak mendapatkan ganjaran anda.
- Pastikan untuk menyelesaikan cabaran anda dalam tempoh yang ditetapkan!
Semak status cabaran
Progres anda akan dikemaskini bergantung kepada keperluan cabaran.
Bagi cabaran yang memerlukan pembelian
Kita akan mengemaskini perkembangan anda apabila Cashback dari pembelian anda telah dikesan. Ini boleh mengambil masa sehingga 3 hari bergantung kepada kedai.
Bagi cabaran rujukan
Kita akan mengemaskini perkembangan anda apabila anda dan rakan anda (ataupun rakan-rakan) melengkapkan semua langkah-langkah untuk menyelesaikan cabaran rujukan dengan berjaya.
Status ganjaran
Setelah anda menyelesaikan cabaran anda, status ganjaran anda akan terpapar sebagai Pending. Pembelian dan Cashback anda perlu disahkan dahulu. Setelah kedua-duanya telah disahkan, anda akan menerima ganjaran anda.
Status-status lain
Anda turut akan terlihat status yang lain-lain seperti All Rewards Claimed, Challenge Failed, ataupun You Missed It.
- All Rewards Claimed: Jumlah ganjaran yang terhad telah dituntut sepenuhnya.
- Challenge Failed: Syarat kelayakan tidak dipenuhi.
- You Missed It: Cabaran tidak selesai dalam masa yang ditetapkan.
Jangan risau, kami akan sentiasa sediakan pelbagai cabaran baru untuk anda sertai. Jika anda terlepas yang ini, maka sertailah cabaran seterusnya!
Menerima ganjaran
Tiada apa yang lebih menarik daripada ganjaran yang manis. Dapatkan ganjaran anda di Earn More → Rewards. Ganjaran datang dalam pelbagai bentuk dan saiz:
- Ganjaran dalam bentuk kod
- Cashback Bonus
- Kad goren
Penebusan kod ganjaran
Kod ganjaran dikongsi melalui platform yang berbeza. Anda boleh mendapatkannya melalui:
- Komuniti Facebook
- Pemberitahuan melalui aplikasi
- Dengan menyelesaikan cabaran atau mini game
- Siaran langsung daripada ShopBack
- Acara di luar talian
Untuk menebus kod ganjaran, apa yang anda perlu lakukan hanyalah:
- Masukkan kod ini di Earn More → Code dan tekan Apply Code.
- Voila! Nikmatilah ganjaran anda.
- Anda boleh semak status ganjaran anda di See Cashback details→ Cashback Activity.
Cashback akan mengambil masa beberapa hari untuk disahkan. Selepas disahkan, anda boleh mendapatkannya di dalam Available Balance.