Tidak dapat menambah atau mengeluarkan kad kredit atau debit

Saya tidak dapat menambah atau mengeluarkan kad kredit atau debit. Apa yang perlu saya lakukan?

Maklumat kad kredit/kad debit yang anda tambah ke akaun anda membolehkan anda membuat pembayaran melalui ShopBack. Jika anda menghadapi kesulitan menambah atau mengeluarkan kad, ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.


Apa yang anda boleh cuba

Jika anda tidak dapat menambahkan kad kredit atau debit anda

Pertama, pastikan:

  • Kad anda adalah Visa atau Mastercard.
  • Kad anda dikeluarkan di Malaysia.
  • Anda belum menambahkan maksimum 10 kad.
  • Anda menggunakan aplikasi ShopBack versi terkini.

Jika anda tidak dapat mengeluarkan kad kredit atau debit anda

Anda mungkin mempunyai pembayaran PayLater pada masa depan yang ditetapkan untuk dipotong secara automatik daripada kad yang anda cuba keluarkan. Semak pembayaran akan datang anda di dalam Transaction di akaun ShopBack anda.

Sebelum anda mengeluarkan kad tersebut, tukarkan pembayaran akan datang anda kepada kad yang berbeza.

Untuk menukar kad anda:

  1. Tambahkan kad lain dan tetapkan sebagai kad utama anda. 
  2. Pembayaran yang tertunggak akan dipotong secara automatik daripada kad ini. 

Ini membolehkan anda mengeluarkan kad asal dari akaun anda. Jika semua pembayaran telah diselesaikan tetapi masih mengalami masalah mengeluarkan kad anda, lancarkan widget chat untuk menghubungi pasukan sokongan kami akan membantu anda.

 

Adakah artikel ini membantu?
100 daripada 407 mendapati ini berguna

Search more articles