Masalah membuat pembayaran

Saya menghadapi masalah semasa membuat pembayaran. Apa yang perlu saya buat?

Apabila pembayaran gagal, biasanya ada kaitan dengan kad, sistem pembayaran atau kami. Kadang-kadang, penyelesaian terbaik adalah mencuba lagi sambil memastikan anda masih membeli-belah melalui ShopBack (supaya anda tidak terlepas sebarang Cashback).


Apa yang boleh anda cuba

Kad tamat tempoh atau baki tidak mencukupi

Cuba gunakan kad yang berbeza. Anda mungkin juga perlu menukarkan kad anda. Berikut adalah panduan cara menambah kad baharu ke akaun anda.

Kad tidak aktif untuk transaksi dalam talian

Kad anda mungkin tidak diaktifkan untuk membuat transaksi dalam talian. Hubungi bank kad anda untuk mengaktifkan pembelian dalam talian. Pastikan anda telah mengaktifkan E-Commerce Activation pada kad anda juga.

Masalah pembelian di plaform pembayaran kedai

Sekiranya anda menghadapi masalah dengan plaform pembayaran kedai, anda perlu menghubungi kedai tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Tetapi jika anda menghadapi masalah ketika membuat pembayaran di kedai menggunakan ShopBack Pay, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ambil maklum:

  • Sesetengah kedai mempunyai terma dan syarat khusus untuk menggunakan ShopBack Pay, seperti jumlah minima pembayaran atau terhad kepada barangan tertentu.
  • Jika kedai yang anda cuba gunakan tidak menawarkan ShopBack Pay atau anda menghadapi masalah mengakses halaman atau aplikasi mereka, sila hubungi kami untuk mendapatkan bantuan.

Cara memberitahu ShopBack tentang masalah pembayaran

Jika isu tersebut ShopBack boleh membantu, hubungi Sparky, pembantu maya ShopBack yang mesra. Pastikan anda mempunyai tangkap layar (screenshot) masalah yang anda hadapi untuk memudahkan kami menyelesaikan isu ini dengan lebih cepat.

 

 

 

Adakah artikel ini membantu?
81 daripada 646 mendapati ini berguna

Search more articles