Glosari Cashback: Istilah dan definisi

Ini adalah glosari Cashback yang ringkas dan jelas untuk menjelaskan istilah yang berkaitan dengan Cashback yang kami gunakan.

Baki Cashback

Jika jumlah Cashback anda kelihatan tidak tepat, rujuk Isu penjejakan Cashback: Cashback hilang atau tidak lengkap untuk mencari punca masalah. 

Selain itu, anda juga boleh laporan Cashback yang hilang atau tidak dijejak.

Available balance
Ini menunjukkan jumlah wang tunai yang disahkan dalam akaun ShopBack anda yang anda boleh keluarkan ke akaun bank anda.
Lifetime earnings
Ini menunjukkan jumlah Cashback yang anda peroleh sepanjang menggunakan ShopBack sejak hari pertama anda berdaftar. Ini termasuk jumlah tertunda (pending), disahkan (confirmed), dan dikeluarkan (withdrawn). Cashback yang ditolak (rejected) tidak termasuk di sini.
Pending earnings
Ini adalah Cashback yang diproses untuk pengesahan daripada rakan stor kami.
Withdrawn amount
Ini adalah jumlah Cashback yang anda telah keluarkan ke akaun bank anda.

Status Cashback

Jika status Cashback anda kelihatan tidak tepat, rujuk Isu status Cashback untuk mencari punca masalah dan apa yang boleh anda lakukan.

Confirmed
Cashback telah disahkan dan ditambahkan Available Balance anda untuk pengeluaran.
Pending
Cashback belum disahkan oleh kedai rakan kami.
Rejected
Cashback telah ditolak oleh kedai kerana tidak memenuhi terma penggunaan.

Jenis-jenis Cashback

Bonus
Ini adalah Cashback ekstra yang anda boleh perolehi semasa promosi khas atau melalui program rujuk rakan kami. Anda perlu memenuhi semua kriteria untuk memperolehi bonus ini, jadi pastikan untuk memeriksa butiran apabila terdapat Cashback bonus ditawarkan. Lihat Panduan Tawaran istimewa kami untuk mengetahui lebih lanjut.
Cashback
Ia adalah wang tunai yang anda peroleh apabila anda menggunakan ShopBack untuk membuat pembelian di kedai. Keluarkan wang ini ke akaun bank anda dan gunakan mengikut kehendak anda.
Deals (Tawaran)
Satu tawaran terdiri daripada barang-barang tertentu yang anda boleh beli pada harga diskaun. Anda masih boleh mendapatkan Cashback walaupun membeli dengan tawaran tersebut. Jumlahnya akan berbeza untuk setiap tawaran tetapi anda boleh menikmati diskaun dan Cashback anda Lihat Panduan Tawaran istimewa kami untuk mengetahui lebih lanjut.
Upsized
Apabila terdapat promosi khas dengan Cashback yang ditingkatkan dalam jangka masa yang singkat, kami menyebutnya sebagai upsized Cashback. Manfaatkan peluang ini selagi ia masih berlangsung!

Jenis Pelanggan

Pelanggan sedia ada
(Existing customer)
Anda dianggap sebagai pelanggan sedia ada jika anda pernah membuat pembelian di mana-mana kedai dengan menggunakan ShopBack sebelum ini.
Pelanggan baru
(New customer)
Anda dianggap sebagai pelanggan baru jika anda belum pernah membuat sebarang pembelian di kedai-kedai tersenarai di dalam ShopBack sebelum ini.

 

Adakah artikel ini membantu?
18 daripada 30 mendapati ini berguna

Search more articles