Pasang dan gunakan sambungan pelayar ShopBack Button

Kenali ShopBack Button, sambungan pelayar kami. Manfaatkan keuntungan menggunakan ShopBack tanpa perlu mengubah cara anda membeli-belah. Pasang ShopBack Button dan biarkan ia memberitahu anda mengenai Cashback dan kupon.

Bagaimana ia berfungsi?

Setelah anda memasang ShopBack Button, beli dalam talian seperti biasa. Apabila kedai memenuhi syarat untuk Cashback, butang akan memberi tahu anda dan meminta anda mengaktifkannya. Anda hanya perlu klik dan lakukan pembayaran seperti biasa.

Langkah-langkah pemasangan

Muat turun Butang ShopBack untuk pelayar pilihan anda:

Untuk Chrome
  1. Pilih sambungan Butang ShopBack untuk Google Chrome. Kemudian, klik Tambah ke Chrome..
  2. Kami akan meminta kebenaran anda sekali lagi. Klik Tambah sambungan untuk teruskan.
  3. Akhir sekali, jangan lupa untuk meletakkan Butang ShopBack pada toolbar agar anda tidak perlu mencarinya.
Untuk Firefox
  1. Pilih sambungan Butang ShopBack untuk Firefox. Kemudian, klik Tambah ke Firefox.
  2. Kami akan meminta kebenaran anda sekali lagi. Klik Tambah sambungan untuk teruskan.
  3. Kami akan terangkan lebih lanjut tentang jenis kebenaran yang diperlukan. Klik Sounds good untuk menyelesaikan.
Untuk Edge
  1. Klik sambungan Butang ShopBack untuk Microsoft Edge. Kemudian, klik Get.
  2. Kami akan meminta kebenaran anda sekali lagi. Klik Tambah sambungan untuk teruskan.
  3. Apabila telah berjaya dimuat turun, klik Extensions pada toolbar. Pastikan untuk klik Show in Toolbar untuk kemudahan akses.

Cara penggunaan ShopBack Button

Ini adalah contoh betapa mudahnya menggunakan Butang ShopBack di Chrome. Walaupun langkah-langkah mungkin berbeza di pelayar lain, namun proses secara keseluruhan adalah sama.

  1. Teruskan membeli-belah di kedai pilihan anda seperti biasa.
  2. Semak notifikasi Cashback. ShopBack Button akan akan berubah menjadi merah dan mengingatkan anda untuk mengaktifkan Cashback.
  3. Klik Activate Cashback. Butang akan bertukar hijau apabila penjejakkan Cashback anda berjaya diaktifkan. Jangan lupa baca Panduan dan Larangan, kerana terma Cashback boleh berbeza untuk setiap kedai.
  4. Teruskan membeli-belah seperti biasa. Anda akan perasan bahawa Butang ShopBack kini berwarna hijau, menandakan ia telah diaktifkan dan berfungsi!
  5. Apabila anda meneruskan ke halaman pembayaran, kami akan beritahu anda tentang jumlah peratusan Cashback dan jikalau terdapat kod promo yang boleh digunakan.
  6. Buat pesanan anda dan itu sahaja! Kami akan hantar emel untuk pemberitahuan status Cashback anda.

Perkara yang perlu diberi perhatian

Aplikasi lain yang mengganggu Butang ShopBack

Jika ShopBack Button anda tidak berfungsi, semak artikel ShopBack Button tidak berfungsi untuk penyelesaian yang mudah.

Keselamatan dan perlindungan data

ShopBack komited untuk menjaga maklumat anda. Kami juga jujur tentang jenis maklumat yang kami akses, kumpulkan, dan mengapa kami memerlukannya. Kami hanya mengumpul maklumat yang penting untuk:

  1. Memberikan Cashback kepada anda.
  2. Meningkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian kami.

Data yang kami rujuk

Apabila kami meminta kebenaran Baca dan Ubah Data di Chrome, ia adalah tetapan standard untuk semua sambungan Chrome. Kami tidak mengumpul atau mengubah maklumat peribadi atau kewangan anda. ShopBack Button hanya mengakses maklumat berikut dari kedai dan rangkaian yang anda lawati:

  1. URL
  2. Alamat web
  3. Kuki

Ini adalah untuk memastikan bahawa kami dapat menjejaki pesanan anda dengan berjaya untuk memberikan anda Cashback.

Data yang kami kumpulkan

Kami menjamin perlindungan maklumat peribadi anda dalam rangkaian yang selamat, dan kami tidak menjual maklumat anda. Maklumat yang dikumpulkan termasuk:

  • Maklumat peribadi yang dikumpul melalui proses pendaftaran, termasuk nama dan alamat e-mel yang berkaitan dengan ID akaun.
  • URL, alamat laman web, butiran kedai, rangkaian, dan kuki pelayar untuk penjejakan Cashback yang tepat.
  • Sebarang maklumat yang dapat membantu kami meningkatkan perkhidmatan kami.

Maklumat yang tidak dikumpul oleh kami

Kami tidak dapat mengakses dan menyimpan maklumat berikut:

  • Sebarang maklumat peribadi yang tidak dikongsi dengan kami di mana-mana laman web
  • Sebarang maklumat peribadi dari e-mel, akaun bank, kad debit, atau kredit yang dikongsi di laman web lain
  • Sebarang maklumat dari sejarah carian web anda
  • URL dan kuki bukan daripada ShopBack

 

 

Adakah artikel ini membantu?
29 daripada 38 mendapati ini berguna

Search more articles