Laporkan Cashback yang Tidak Dijejak

Jika Cashback yang dijangkakan tiada di akaun ShopBack anda, panduan ini akan menunjukkan cara melaporkan Cashback yang hilang. 

Nota: Anda hanya boleh membuat laporan 7 hari selepas tarikh pembelian anda untuk mengambil kira masa pemprosesan Cashback.

Sebelum membuat laporan, anda boleh rujuk dahulu Isu penjejakan Cashback: Cashback yang hilang atau tidak lengkap. Ia memberi penjelasan yang terperinci punca-punca Cashback anda mungkin hilang.

Untuk aplikasiUntuk web
  1. Pergi ke Account → Support → Report an issue.
    Report

  2. Pilih jenis transaksi anda.
  3. Isi butiran yang berkaitan. Pilih kedai yang anda membuat pembelian dari dropdown menu dan tarikh serta masa pembelian. Kemudian, klik Next.
    Report

  4. Masukkan nombor Order ID anda sepatutnya telah diterima daripada kedai yang anda beli, melalui e-mel atau SMS atau resit fizikal.
    Report
    • Jika anda tidak dapat mencari order ID, anda boleh menghubungi kedai untuk mendapatkannya.
    • Kedai yang berbeza mungkin mempunyai nama yang berbeza untuk ini, seperti order number, booking ID, receipt ID, dan lain-lain.
  5. Jika anda membuat laporan semasa Cashback anda masih diproses, kami akan memberitahu anda bila anda perlu semak semula.
  6. Jika kami tidak dapat mengenal pasti order ID anda, kami akan meminta anda maklumat lanjut:
    • Jumlah pembelian
    • Mata wang yang digunakan untuk membayar
    • Kod kupon (jika berkenaan)
    • Imej pengesahan pesanan anda: Ini boleh menjadi tangkapan skrin (pengesahan e-mel, resit, dll) yang membuktikan pembelian anda dalam format .PNG, .JPEG atau .PDF.
      Report
  7. Selepas mengisi butiran, klik Send My Report.
  8. Selepas dihantar, anda akan menerima e-mel pengesahan daripada kami yang menyatakan tindakan seterusnya. Siasatan anda boleh mengambil masa sehingga 120 hari. Kami menghargai atas kesabaran anda sepanjang tempoh siasatan dilakukan.
Adakah artikel ini membantu?
29 daripada 65 mendapati ini berguna

Search more articles