Keluarkan Cashback anda

Sedikit-sedikit teku, lama-lama menjadi bukit maka sudah tiba masanya untuk mengeluarkan Cashback anda ke akaun bank anda dan menggunakannya (atau menyimpannya!) sebagaimana yang anda mahu. Kami akan membimbing anda semua maklumat yang perlu anda ketahui mengenai pengeluaran Cashback anda.

Masukkan butiran pengeluaran anda

  1. Pergi ke halaman pengeluaran duit ianya terletak di Account → Withdraw.

    Jika anda berada di laman web ShopBack, arahkan tetikus ke ikon Account di sebelah Cashback earnings anda dan klik Withdraw money.

    Withdraw_your_Cashback_SS_02.png
  2. Pilih Add a Bank
  3. Masukkan butiran anda apabila diminta.
  4. Selepas menambahkan butiran bank anda, kami akan menghantar emel untuk pengesahan.
  5. Sahkan akaun bank anda melalui emel untuk meneruskan pengeluaran.

Tempoh sah emel adalah 30 minit. Jika emel pengesahan tidak diterima, periksa peti spam atau sampah. Jika anda menghadapi masalah semasa pengesahan, baca artikel ini mengenai Masalah Menambah atau Mengesahkan Maklumat Pengeluaran.

Perkara-perkara untuk diambil perhatian

Sebelum anda membuat pengeluaran, ini adalah beberapa hal yang perlu diingat.

Baki minimum

Pengeluaran boleh dilakukan setelah Cashback yang disahkan mencapai RM10, tidak termasuk bonus.

Had pengeluaran

Anda hanya boleh membuat pengeluaran sehingga RM300 sehari.

Jangka Masa

Biasanya, anda akan menerima Cashback dalam akaun bank atau dompet anda dalam masa 5 hari kalendar selepas permintaan anda.

Waktu cuti umum, proses ini mungkin mengambil masa lebih lama namun dalam apa jua keadaan akan sentiasa selesai dalam tempoh 5 hari bekerja.

Butiran pengeluaran Cashback yang tidak betul boleh menyebabkan kelewatan, sila pastikan untuk mengemaskini (contohnya, nombor akaun bank) sebelum meminta pengeluaran.

 

Bukti Pengeluaran Cashback

Untuk aplikasiUntuk laman web
  1. Pergi ke Account → Withdraw.
  2. Pada pengeluaran yang ingin anda minta nasihat remitan, klik Need help?.
  3. Pilih Get proof of transfer.
  4. Anda akan menerima nasihat remitan melalui emel dalam masa 24 jam.

 

 

Adakah artikel ini membantu?
3520 daripada 3980 mendapati ini berguna

Search more articles