Kami tidak dapat menjamin Cashback untuk semua pembelian yang dibuat melalui ShopBack kerana ia bergantung pada faktor seperti sama ada kami dapat menjejaki lawatan kedai anda dan sejauh mana anda berjaya mengikuti terma dan syarat kedai. Tetapi kami boleh sediakan tips-tips berguna untuk membantu anda sepanjang proses pembelian bersama ShopBack.
Garis panduan terbaik
Ikuti panduan ini untuk memastikan penjejakan Cashback berjaya.
- Apabila membeli-belah dalam talian, sentiasa mulakan perjalanan membeli-belah anda dengan ShopBack. Klik melalui ShopBack, dan teruskan ke kedai.
- Gunakan mod inkognito atau mod pelayaran peribadi jika diperlukan.
- Jangan buka laman web atau pautan lain setelah anda klik melalui ShopBack. Ini termasuk laman carian, laman diskaun, media sosial, dan sebagainya.
- Jangan klik pada iklan banner atau pautan lain di laman kedai.
- Matikan aplikasi penghalang iklan (ad blocker) anda.
- Pastikan aplikasi ShopBack dan aplikasi kedai (jika berkenaan) telah dikemaskini ke versi terkini.
- Sentiasa semak terma dan syarat kedai untuk Cashback sebelum membuat pembelian.
Semak kadar Cashback untuk setiap kedai.
Kadar Cashback dan kelayakan untuk kedai yang sama boleh berbeza bergantung kepada sama ada anda menggunakan ShopBack melalui aplikasi atau laman web. Pastikan untuk membaca terma dan syarat kedai untuk mendapatkan maklumat lengkap.
Ketika anda melawat kedai melalui aplikasi kami, anda akan melihat Cashback Info yang terletak di bahagian bawah skrin. Klik untuk melihat info Cashback sepenuhnya.
- Jika anda melawat kedai melalui laman web kami, kadar dan butiran Cashback akan terpapar di sebelah kiri.
- Jika anda menggunakan ShopBack Button, sambungan pelayar kami, aktifkan penjejakan dan klik pada butang untuk melihat butiran sepenuhnya.
Pengiraan dan penjejakan Cashback
Cara kami mengira Cashback
Pengiraan Cashback dibuat berdasarkan kadar Cashback yang dipaparkan di setiap kedai di laman web atau aplikasi kami.
Contoh
Pembelian RM100 dengan Cashback 5% akan memberikan anda RM5 Cashback.
Walau bagaimanapun, pastikan untuk membaca terma dan syarat bagi setiap kedai kerana mereka mungkin mempunyai keperluan yang berbeza..
Peringatan
Kebanyakan kedai tidak mengira kos penghantaran atau cukai sebagai sebahagian daripada pengiraan Cashback.
Cara kami menjejakki Cashback
Jika anda telah memulakan pembelian anda melalui ShopBack, kami akan menjejaki pesanan anda menggunakan kuki. Kami melakukan ini dengan memasukkan kuki penjejak dalam pembelian anda supaya kami boleh mengenalpasti jika anda layak untuk Cashback.
Semak dan fahami status Cashback
Pesanan anda mungkin memerlukan masa sehingga 48 jam untuk dipaparkan sebagai Pending dalam akaun anda. Apabila pembelian anda berjaya disahkan, status akan berubah dari Pending kepada Confirmed. Jangka masa adalah berlainan bergantung kepada pembelian anda, jadi semak maklumat Cashback anda untuk butiran lanjut.
Tempat untuk menyemak butiran Cashback anda
Untuk memeriksa butiran Cashback anda, anda hanya perlu klik pada Lifetime earnings anda.
Maksud status-status yang berlainan
Pending, Confirmed, Rejected - semua status ini mungkin mengelirukan jika anda baru menggunakan ShopBack. Berikut adalah glosari Cashback yang berguna untuk membantu anda memahami maksud status Cashback anda.
Mengapa pengesahan Cashback mengambil masa yang lama
Kedai rakan kongsi kami perlu:
- Menilai dan mengesahkan pembelian anda dengan teliti.
- Tunggu tempoh pengesahan untuk memastikan barang tidak dibatalkan, dikembalikan atau ditukar.
- Memastikan bahawa anda telah membeli dari mereka melalui aplikasi ShopBack.
Pemerksaan ini boleh mengambil masa dan ia berbeza dari kedai ke kedai. Kami faham bahawa penantian ini agak merungsingkan dan kami menghargai kesabaran anda.
Semak mengapa Cashback bonus anda masih tertangguh
Semak terma dan syarat kedai untuk memastikan anda telah memenuhi semua keperluan Cashback bonus. Anda sepatutnya mempunyai Cashback disahkan dalam masa 5 hari berkerja jika anda telah memenuhi semua keperluan.
Perkara-perkara untuk diambil perhatian
Sesetengah kedai rakan kongsi kami mungkin tidak memberikan Cashback untuk kaedah pembayaran tertentu. Tetapi semua ini sepatutnya telah dinyatakan pada Cashback Info, jadi pastikan untuk membacanya.
Cashback tidak dijejak dan tindakan yang perlu diambil
Jika Cashback anda hilang, jangan risau. Berikut cara untuk melaporkan Cashback yang hilang.