Isu Menambah atau Mengesahkan Maklumat Pengeluaran

Saya mengalami masalah mengesahkan maklumat pengeluaran saya. Apa yang sepatutnya saya lakukan?

Isu ini timbul apabila anda sebagai pemilik akaun ShopBack cuba mengesahkan bahawa butiran bank yang diberikan benar-benar datang dari anda.


Apa anda boleh buat

Jika anda tidak dapat mengesahkan nombor telefon anda

Pastikan anda memasukkan nombor telefon dalam format yang sah. Anda tidak perlu masukkan kod negara - jika nombor telefon anda +60123456789, abaikan +60 dan masukkan hanya 123456789.

Jika nombor telefon anda dimasukkan dengan betul tetapi anda masih tidak dapat mengesahkan, nombor itu mungkin telah didaftarkan pada akaun ShopBack yang berbeza. Sila rujuk kepada Akaun sudah wujud untuk situasi ini.

Jika anda memerlukan bantuan tambahan, hubungi Sparky, pembantu maya ShopBack. Kami dengan senang hati membantu anda mendapatkan pengesahan.

Jika anda tidak menerima kata laluan satu kali (OTP) anda

  • OTP yang hilang boleh berlaku disebabkan masalah peranti mudah alih, masalah rangkaian, atau penerimaan yang signal lemah. Kami mencadangkan agar anda:
    • Pindah ke kawasan dengan penerimaan signal yang kuat.
    • Mohon semula dalam tempoh 10-15 minit.

Jika mesej masih tidak muncul, hubungi Sparky, pembantu maya ShopBack. Kami dengan senang hati membantu anda mendapatkan pengesahan.

Jika anda memasukkan butiran yang salah

Untuk mengemaskini butiran pengeluaran anda:

  1. Padam butiran terkini anda.
  2. Masukkan semula butiran yang betul.

Jika anda memerlukan bantuan lain-lain, hubungi Sparky, pembantu maya ShopBack. Kami dengan senang hati membantu anda mendapatkan pengesahan.

 

Adakah artikel ini membantu?
95 daripada 139 mendapati ini berguna

Search more articles